Mengenai Kami

Peristiwa Penting

Preloader
  • 2014

    SJ Capital meningkatkan modal berbayar kepada RM3.0 juta dan modal dibenarkan kepada RM5.0 juta. SJ Capital diberikan Lesen Pemberi Pinjaman Wang oleh KPKT pada tahun 2015 dan pada tahun 2016, disebabkan oleh permintaan tinggi terhadap produk patuh syariah, SJ Capital kemudian melantik Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad dan tiga (3) individu yang berkelayakan dan bertauliah sebagai Penasihat Syariah untuk membantu SJ Capital menawarkan produk patuh shariah serta memastikan semua operasi SJ Capital memenuhi syarat-syarat dan kehendak patuh Syariah.

  • 2017

    Bursa Malaysia Islamic Services (BMIS) meluluskan pendaftaran SJ Capital sebagai Peserta Perdagangan Komoditi (CTP). Melalui kelulusan ini, membolehkan SJ Capital menggunakan platform Bursa Suq Al Sila (BSAS) untuk memenuhi dan melengkapi proses transaksi kewangan Pembiayaan berdasarkan konsep Al-Tawarruq.

  • 2018

    SJ Capital menjadi Syarikat Komuniti Kredit yang pertama yang diberikan pengecualian oleh KPKT untuk beroperasi menjalankan perniagaan Pembiayaan Secara Shariah. Ini menjadikan SJ Capital adalah syarikat Pemberi Pinjam Wang berlesen yang pertama diakreditasi dengan pengiktirafan tersebut.

  • 2019

    Pada 2019, Koperasi Sentosa Jaya Kuala Lumpur Berhad (KOSENJAYA) telah ditubuhkan sekumpulan pekerja dan klien SJ Capital. Ahli-ahli Kosenjaya juga terdiri daripada pelabur yang diperuntukkan saham terbitan awal (IPO) oleh bank pelaburan atau Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri.

  • 2019

    Pada 2019, SJ Capital telah dilantik sebagai panel pembiaya untuk kumpulan Syarikat EXSIM. EXSIM ialah pemaju bereputasi dengan nilai pembangunan kasar semasa melebihi RM1O bilion. SJ Capital menyediakan pembiayaan kepada pembeli rumah EXSIM yang tidak mempunyai bayaran pendahuluan yang mencukupi atau kekurangan deposit tetapi telah berjaya mendapatkan pembiayaan akhir daripada institusi kewangan untuk pembelian hartanah EXSIM. Walaupun pembiayaan hartanah bukanlah aktiviti utama SJ Capital, dengan membantu pembeli rumah ini membiayai kekurangan mereka adalah sumbangan bermakna oleh SJ Capital kerana dapat menjadikan impian mereka tercapai.

  • 2020

    SJ Capital melantik BIMB Securities Sdn. Bhd. sebagai panel Penasihat Syariah syarikat. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi keyakinan pelanggan terhadap semua produk patuh Syariah, terutama dalam segmen Pembiayaan Margin Saham yang kini ditawarkan oleh SJ Capital.

  • 2021

    SJE telah mengeluarkan satu prospektus pada 2021 untuk menaikkan Saham Keutamaan Boleh Tebus Islam (IRPS) baharu kepada RM1OO,OOO,OOO.OO. Sehingga kini SJE telah berjaya menyampaikan dividen yang sangat membanggakan kepada pemegang IRPS kami sehingga 12 % setahun.

  • 2024

    Pada 2024, SJ Capital melancarkan platform baharu Saham2u.com.my yang merupakan platform pertama seumpamanya di Malaysia yang menawarkan aplikasi dalam talian pelabur.

Jabatan Pengurusan

aliff-resized
Penolong Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan

Aliff Azman

nazri-resized
Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan

Mohd Nazri Mohd Noor

junaidi-resized
Naib Presiden, Kewangan

Ahmad Junadi Muhamed

faizal-resized
Naib Presiden, Akaun

Faizal Abdul Majid

hazimah-resized
Naib Presiden, Operasi

Noor Hazimah Sain

tan-resized
Pengarah, Pembangunan Perniagaan

Tan Fook Yew

shamsul-resized-b
Ketua Pegawai Operasi, Kumpulan

Shamsul Bahari Haron

Jawatankuasa Syariah

PROFESSOR-DR.-ZULKIFLI
Ahli

Prof. Madya Dr. Zulkifli Bin Hassan

Dato-Mohd-Mokhtar-Bin-Shafii-
Ahli

Dato’ Mohd Mokhtar Bin Shafii

DATO-SYED-MOHD-GHAZALI
Ahli

YB Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa